Friday, 30 November 2018

bab 1:PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

BAB 1 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

1.1DEFINISI ~  Satu usaha pembangunan tenaga kerja dalam organisasi untuk menarik,membangun                              dan mengekalkan tenaga pekerja yang berprestasi tinggi.


Kepentingan Pengurusan Sumber Manusia:

  1. Sumber manusia sentiasa mencukupi
  2. Sumber manusia diberikan latihan yang cukup dan terkini
  3. Pengagihan sumber manusia secara berkesan
  4. Kebajikan pekerja sentiasa dijaga
  5. Prestasi sumber manusia sentiasa dipantau

1.2 Peranan Pengurusan Sumber Manusia  Dalam Sesebuah Perniagaan


  • Keperluan pekerja,merekrut pekerja,kontrak pekerjaan dan deskripsi tugas
  • Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran
  • Prestasi pasukan
  • Latihan peningkatan kemahiran
  • Membentuk persekitaran positif
  • Pemantapan budaya profesional
  • Pemberian insentif  yang munasabah
  • pemberhentian pekerja
1.4 Aspek Pengelolaan Sumber Manusia Dalam Pembangunan Perniagaan
  1. Penempatan pekerja dan fasiliti
    -Penempatan pekerja adalah mengikut aspek kemahiran,kebolehan dan minat serta pengalaman.
  2. Standard prosedur operasi tugas
    -Standard operasi tugas (SOP) merupakan dokumen arahan bertulis untuk mencapai keseragaman pelaksanaan tugas dan fungsi-fungsi tertentu.
  3. Sistem penggajian
    -Akan meningkatkan motivasi pekerja
    -Seseorang pekerja yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi akan mendapat gaji yang lebih tinggi
  4. Penghargaan dan hukuman
    -Pekerja yang berprestasi tinggi harus diberi penghargaan
    -Pekerja yg bermasalah harus diberi hukuman sebagai peringatan supaya bekerja dengan lebih berdisiplin.
  5. Penyelesaian masalah 
    -Setiap masalah boleh dibawa bincang dan runding.

1.5 Definisi Kebolehkerjaan
     > Kemahiran atau kebolehan yang dimiliki oleh pekerja.Hal ini membolehkan bakal majikan                  menawarkan pekerjaan  kepada mereka.

Kemahiran Kebolehkerjaan:)
  • Kelayakan yang bersesuaian
  • Berpengalaman
  • Berpengatahuan tentang produk dan perkhidmatan

PERNIAGAAN TINGKATAN 5

PERNIAGAAN ini merupakan subjek pembaharuan yang asalnya ialah PERDAGANGAN.Perniagan ini bermula sejak tahun 2017 batch 01 yang merasmikan :)So,sebagai nak recall balik,saya wujudkan blog ini khas untuk pelajar spm akan datang :')